Sunday 25 August 2013

Sindrom bahu lenguh bukan hanya sakit urat


Mengurut sekadar hilangkan sekejap kesakitan berbanding rehat, senaman dan pembedahan



SINDROM bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkannya kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat atau sakit tengkuk.

Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu. Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan atas payu dara.

Memahami sindrom bahu lenguh harus bermula dengan mengetahui anatomi bahu. Bahu seperti cawan dan piring. Cawan merujuk pada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade).

Tendon daripada empat otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.

Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menjadi radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon.

Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd, berkata bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.

“Walaupun begitu ramai orang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk pada sindrom bahu lenguh,” katanya.

Dr Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera.

“Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan atas saraf dan terasa lenguh,” katanya.

Bahu yang tidak seimbang akan kelihatan senget. Ketika ini anda sepatutnya sudah tahu, masalah sebenar bukanlah sekadar sakit urat.

“Perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul,” katanya.

Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.

“Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton.

Simptom

Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, akan mula terasa sakit pada bahu sama ada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Anda juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.

Bagi seorang pemain tenis, dia akan mula menyedari kesakitan itu apabila cuba memukul bola.

Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadang kala ia sakit dan terasa tegang apabila anda cuba untuk meluruskan bahu. Kesakitan juga akan dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu.

Apabila masalah itu makin bertambah, kesakitan itu akan menyerang juga pada waktu malam. Malah anda akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Anda juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.

“Mungkin sesetengah orang akan mendapat khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu dan masalah ini akan kembali menyerang,” katanya.

Rawatan

Rawatan awal sindrom bahu lenguh bersifat konservatif. Doktor akan mencadangkan anda berehat. Senaman regangan mungkin diajar bagi memperbaiki jangkauan pergerakan anda.

Jika rawatan konservatif tidak berkesan selepas enam hingga 12 bulan rawatan, pembedahan menjadi pilihan. Pembedahan selalunya sama ada arthroscopy atau pembedahan terbuka atau kombinasi antara kedua-duanya. Kedua-dua jenis pembedahan ini boleh memperbaiki kerosakan dan melegakan tekanan tendon.

FAKTA:

Bahu terdiri daripada empat sendi yang berkerja secara bersama

Sendi glenohumeral yang menghubungkan tulang panjang di bahagian lengan atas humerus dengan tulang belikat.

Sendi acromioclavicular (AC) yang menghubungkan tulang belikat dengan tulang selangka (collarbone). Ia bertindak memberi kestabilan kepada bahu

Sendi sternoclavicular yang menghubungkan tulang selangka dengan tulang dada. Sendi ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya yang menghubungkan tulang bahu dengan tubuh.

Sendi scapulothoracic secara tekniknya ia bukan sendi kerana ia tidak menghubungkan mana-mana tulang.

****************************************************************

PRODUK TERBAIK DARI SHAKLEE, MAIVITABISTA

BUKAN SAHAJA UTK BAHU , TETAPI SELURUH BADAN
CUBALAH, PASTI PUAS HATI !!


===============================================================

dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619

Saturday 24 August 2013

TIPS jaga perut




Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.



Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.


Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Jangan berulam air ketika makan
Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit.

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.


===============================================================
dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619

Friday 23 August 2013

Dilema keputihan dikalangan remaja.

Rata-rata jika diambil kira latar belakang seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya.

Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.Remaja dipohon supaya mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai dari jangkitan yang dialami daripada membiarkanya tanpa rawatan yang boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini disebabkan oleh “prolong infection”.




Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.

Keputihan yang abnormal
Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan
Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.

Mengenali gejala jangkitan Mikroorganisma :

1. Kulat Candida atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Beberapa Tips yang boleh diamalkan :
  1. Hindari pengunaan sabun,gel dsb dan hanya guna air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak dikawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt,yakult,sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Akhir sekali nasihat saya agar para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati keputihan yang yang dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama kelamaan berupaya menyerang selaput dara. Sebahagian besar lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan mikroorganisma telah merosakkan selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga kelak dan sewaktu melakukan hubungan kelamin dimalam pertama berkemungkinan tidak akan mengeluarkan walaupun sedikit darah.

>> source : www.klinikkeputihan.blogspot.com

MOST RECOMMENDED PRODUCT!


===============================================================

dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619

Thursday 22 August 2013

Punca dan Gejala Ketumbit

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.



Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?

Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Apakah rawatan bagi ketumbit?
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.

Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.
Bolehkah ketumbit berjangkit?

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

PETUA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN KETUMBIT:

1) tenyeh ngan bawang putih
2) tuam tempat kena ketumbit dgn sudu yg dihangatkan oleh air panas. Buat sllu hgga pulih
3) Petua org tua. Baca selawat sambil pgg mata yg kena ketumbit tu. Kemudian buat2 buangkan ketumbit tu dari mata
4) Beli ubat mata brand Eyeglo bewarna pink dr farmasi
5) Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih
6) Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah... .
7) ambik daun belimbing buluh..Basuh bersih2..Tumbuk sampai hancur..pupuk sekeliling kelopak mata..jgn kasi masuk dalam mata lak..kemudian akan terasa seperti ketumbit tu di tarik2..itu dalam proses mengecutkan ketumbit..ulanglah beberapa kali..



***************************

PRODUK SHAKLEE YANG DISYORKAN UNTUK KETUMBIT :

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthinbeta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Kita tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•     Memelihara kesihatan yang baik ( jauhi kanser)
 • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan ( katarak) dan pertumbuhan tisu.
 •    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput 
      lendir. (athma, paru2 berair, pendengaran,)
    Tiada perasa tiruan pemanis, pewarna atau bahan pengawet        tambahan.



===============================================================
dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619


Monday 19 August 2013

EKSLUSIF UNTUK PARA IBU

IBU-IBU
BAPA-BAPA
SEMUANYA..
MARI LIHAT APA VITABISTA MAHU KONGSI
TESTIMONI LIFE DARI MY BUSINESSPARTNER

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dengan keyakinan with Shaklee product.sambil-sambil membantu yang lain, kini income nya sudah mencecah empat angkat..bukan empat yang 1k,2k,3k tu..xmain la....hihihihihi...bestla berniaga..


-FULLPICTURE-




===============================================================
dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619

SHAKLEE PERFORMANCE DRINK - HELP KEEP YOU GOING LONGER-AND STRONGER

Shaklee performance Drink dari Shaklee memberikan anda tenaga karbohidrat yang badan anda perlukan untuk daya ketahanan dan juga bendalir dan keseimbangan unit elektrolit untuk membantu mencegah penghidratan.

Ia Diuji dan Terbukti Berkesan

Dalam ujian secara klinikal, Shaklee performance terbukti dapat membantu mengekalkan paras glukosa dalam darah atlit untuk tenaga otot dan paras bendalir bagi penghidratan yang sempurna. Ini ternyata selepas lebih daripada tiga jam pengayuhan dengan menggunakan sepenuh tenaga di dalam makmal, dimana pengayuh-pengayuh hanya mengambil sama ada Performance atau air sahaja. Semasa kelajuan kayuhan dipercepatkan, pengayuh yang meminum Shaklee performance berjaya bertahan sehingga 33 minit manakala yang meminum air hanya dapat bertahan selama 2 minit sahaja.

Memperkenalkan OptiCarb-Rumusan Karbohidrat Unik Shaklee

Hanya Shaklee Performance dapat menyediakan Opti-Crab-terbukti berkesan untuk memberi daya tenaga dan merupakan rumusan unik tiga jenis karbohidrat untuk memberi dan mengekalkan tenaga segera di dalam bentuk yang mudah diambil. Ia mengandungi 25 gram karbohidrat pemebri tenaga dalam perisa orange. Sememangnyam Shaklee performance adalah apa yang badan anda perlukan untuk kekal kuat.


===============================================================
dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619

Sunday 18 August 2013

. :: 17.08.2013 :: .
JAMUAN RUMAH TERBUKA SHAKLEE
di
HOTEL TANJUNG VISTA, KUALA TERENGGANU

+++++++
let's check it out
+++++++


 EARN POWER UP CA$H INCENTIVE
bonus shaklee bagi kalau naik new rank
>>asyik bagi duit je, BORING laaaaa...<<
hahahahhahahaha

 new MASTER..new YOUNG MASTER..

 diantara yang hadir..sikit je tu..banyak lagi coming..


BERAKTIVITI bersama SHAKLEE


===============================================================
dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619

Tuesday 13 August 2013

Program Global Ambassador


Program Global Ambassador Shaklee (GAP) memberi keistimewaan kepada anda untuk menaja Pengedar Bebas Shaklee di mana-mana negara yang tertubuhnya Shaklee dan memperolehi pendapatan bagi volum JUALAN yang terhasil oleh kumpulan yang dibangunkan oleh anda di negara tersebut. Anda boleh mencapai kesemua ini daripada negara asal anda.



SYARAT-SYARAT

  1. Seseorang Ambassador Global hendaklah seorang pengedar Bebas Shaklee yang berkedudukan baik di Negara Asal mereka.
  2. Bagi pembayaran sebagai pemimpin Perniagaan diatas volum jualan yang dihasilkan oleh pengedar bebas Shaklee di Pasaran Asing, seseorang Global Ambassador hendaklah memenuhi keperluan volum Peribadi dan Volum Kumpulan Peribadi bagi pengekalan pangkat Pemimpin Perniagaan berdasarkan volum daripada Negara Asal mereka sahaja.
  3. Seseorang Global Ambassador hendaklah aktif dan mematuhi syarat-syarat Negara Asal, serta juga syarat-syarat yang berkaitan di mana-mana negara dimana mereka sedang membangunkan sebuah Kumpulan Penajaan, serta juga syarat-syarat Program Global Ambassador, termasuk sebarang pertukaran kemudiannya kepada mana-mana penerbitan tersebut.
Giliran Anda untuk Memperolehi Pendapatan Daripada Seluruh Dunia Sebagai Seorang Global Ambassador.
Sebagai seorang GA, anda akan dibayar (dengan beberapa pengecualian) sama seperti di negara asal anda bagi mana-mana perniagaan yang anda ada di luar negara. Bagi menikmati keistimewaan ini, anda perlu menjadi GA dan seorang Pengedar Bebas Shaklee di negara asal anda. Contohnya, jika anda menaja seorang pengedar Shaklee di Indonesia dan Pengedar tersebut membina sebuah perniagaan Shaklee di Indonesia, anda akan mendapat faedah daripada perniagaan tersebut seperti anda membinanya dinegara anda sendiri. No Borders. No kidding !!

" SAYA ADA MENAJA PENGEDAR BEBAS DI INDONESIA, anda bila lagi?? "


===============================================================
dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
===============================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619



Monday 12 August 2013

Pemakanan Untuk Kesihatan Wanita

ASSALAMUALAIKUM
cantik-cantik sekalian

Sepanjang perjalanan hidup seorang wanita, ia boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan, berinspirasi dan kadang kala penuh cabaran. Dalam kitaran kehidupannya, dia mungkin pula menghadapi kerenah kesihatan seperti sengugut, kanser payu dara, osteoporosis, penyakit jantung, simptom-simptom menopous, masalah-masalah kehamilan, dan berbagai-bagai situasi lain yang mungkin menjejas kesihatan dirinya.

Sekarang ini, kebanyakkan wanita bergiat dalam dunia pekerjaan yang penuh dengan tekanan, atau menjalankan bisnes, dan kemudian berkocah-kacah balik untuk "bisnes rumahtangga" selaku surirumah pula. Mereka tidak mempunyai kesempatan untuk mengolah kesihatan diri, selalu letih dan tegang urat kerana bekerja dan bisnes. Ramai yang ingin mendapatkan tenaga tambahan untuk menagani cabaran-cabaran ini; dan bila tidak mendapatnya, lantas menyalahkan usia diri.


Untunglah sekarang ini wanita boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai kesihatan dan pemakanan. Ramai dari mereka percaya bahawa dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah diet yang seimbang dan senaman serta mengambil pemakanan dan herba tambahan mereka boleh mendapat kesihatan dan ketahanan optima. kajian-kajian yang terbaharu menunjukkan wujudnya nutrien tertentu yang boleh mendatangkan kesan kesihatan yang dramatik kepada wanita jika ianya digabungkan dengan betul-betul, dan tanpa mengambil kira peringkat usia wanita itu atau cabaran kesihatan yang dihadapinya.

Suplemen Shaklee yang disyorkan dalam senarai dii bawah ini adalah pilihan-pilihan yang dicadangkan untuk wanita bagi memelihara kesihatan diperingkat optima tetapi tidak seharusnya dianggap sebagai nasihat perubatan. Nasihat daripada profesional kesihatan yang berkelayakan hendaklah selalu dirujuk bila-bila ada kesangsian tentang kesihatan diri ;)


  •  Bahan binaan asas bagi badan dan asid aminonya diperlukan untuk memelihara dan memperbaiki sel, tisu dan otot
  • Soya telah didapati berkesan membaiki simptom-simptom menopous, menghindar penyakit-penyakit dari kekurangan estrogen seperti sakit jantung, ahmar dan osteoporosis, dan menghalang kanser payu dara

  • Satu komponen terpenting kepada membran sel
  • ia menahan radang prostaglandin yang menyebabkan ketegangan waktu haid, dan dipercayai mengurangkan rasa sensitif payu dara seperti yang dialami sesetengah wanita sebelum haid.

  • Diiktiraf meluas sebagai nutrien pelindung dari osteoporosis bagi wanita selepas putus haid
  • mengambil suplemen kalsium sebelum usia 30 dapat mengurangkan risiko osteoprosis diwaktu usia melanjut.
  • suplemen kalsium mengurangkan turun naik mood dan lain-lain simptom yang berkaitan dengan sengugut.
  • suplemen magnesium membantu mengurangkan kehilangan kepadatan tulang.
  • Antioksidan kuat yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel
  • wanita yang memakan Vitamin A,C & E mungkin berisiko kurang dari bahaya kanser payudara.
===============================================================
dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
===============================================================


untuk keterangan lanjut dan order,
please contact cik Mai 0148415424
atau email>> mai.vitabista@gmail.com
ID SHAKLEE : 838619