Wednesday 16 October 2013

An Essential Fatty Acid Your Body Need

SHAKLEE OmegaGuard merupakan suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan.Bagi setiap satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA.

Ultra Tulen dan Berkualiti Tinggi. Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.

Asid Lemak Omega-3 (EPA & DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid Lemak Omega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi, asid lemak Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

Menyokong Kesihatan Jantung*
Peranan penting asid lemak Omega-3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolestrol baik dan tahap tekanan darah normal.

Mengalakkan Fungsi Otak yang sihat.
Asid Lemak Omega-3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak Omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkaitan dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat
Asid Lemak Omega-3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sesendi bergeser, lemak omega-3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.


cadangan :
Untuk penjagaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum atau sesudah makan) untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi; 2kali sehari, 2 kapsul setiap kali.

===============================================================

dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================

No comments:

Post a Comment