Tuesday 29 October 2013

MULTI VITAMIN TERBAIK


Ekoran kajian itu, Dr Bruce telah mengembangkan lima petua bagi membaca label makanan multi serta mencari keluaran terbaik. Dr ingin berkongsikan petua -petua ini bersama anda. Jika anda berpandukannya, anda berupaya memilih sesuatu makanan tambahan vitamin/mineral berganda yang terbaik untuk diri anda.

1. pastikan kesemua 19 nutrien menurut garis panduan US RDA tersenarai pada labelnya. US RDA(United States Recommended Daily Allowance) bermaksud "Elaun Harian yang disyorkan oleh Amerika Syarikat). terdapat 12 vitamin dan 7 mineral yang tersenarai dalam rajah US RDA. sila membilang nutrien-nutrien yang tersenarai pada label makanan tambahan multi dan pastikan kesemua 19 jenis dibekalkan.

2. Pastikan kesemua LAPAN jenis vitamin B dibekalkan dalam amaun yang menyamai sekurang-kurangnya 100% peruntukan RDA. perkadaran antara satu vitamin B dengan lain harus tidak berbeza melebihi 500%. sesetengah vita B adalah mahal lebih mahal dari yang lain. Misalannya, jika anda terjumpa suatu makanan tambahan yang membekal 3% dari peruntukan US RDA bagi biotin dan 300% peruntukan US RDA bagi tiamina, maka dengan mudah anda sudah dapat meneka yang mana satu vitamin lebih mahal.

3. Perhatikan biotin dan asid folik kedua-duanya dibekalkan pada 100% menurut peruntukan US RDA. kedua-dua vitamin ini adalah antara yang paling mahal dimasukkan ke dalam makanan tambahan multi. Jika syarikat meninggalkan salah satu, atau jika dibekalkan dengan amaun yang sedikit, maka anda sudah pasti satu-satu sebab adalah untuk menjimatkan wang syarikat - anda juga menanggung kerugian.

4. Pastikan imbangan kuprum dan zink.Secara unggulnya, kedua-duanya mineral ini harus dibekalkan pada nisbah satu bagi satu berdasarkan peratusan RDA. dengan kata lain, 100% peruntukan US RDA bagi zink dan 100% peruntukan US RDA bagi kuprum. jika nisbah tidak seimbang, maka yang lebih itu harusnya zink dan bukannya kuprum.

5. Pastikan multi tersebut membekalkan jumlah kalsium dan magnesium yang secukupnya. kedua-dua ini merupakan mineral yang berisipadu besarm dan ia amat sukar dan mahal disebatikan kedalam tablet. kadang kala sesebuah syarikat itu akan memasukkan hanya salah satu dan bukan kedua-duanya sekali.

**********************************************************************************************************

Jika anda berpandu kepada lima petua ini semasa hendak membeli makanan multi, anda akan berupaya memilih keluaran yang berkualiti tinggi.

*******************************************************************************

label Vitalea Shaklee

===============================================================

dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================

No comments:

Post a Comment