Jika anda selama ini malas untuk berjalan,
fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan
lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus
mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan
manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan
berjalan :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh
mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran
darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi
normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh
mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol
baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan
meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar
dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan
risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu kajian
dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang
bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya
risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak
:Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain
sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori
yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan
berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan :
jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan
lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan
kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala
kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser
yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga
buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan
lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain,
berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis
: Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi
sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat
dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D
dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan
memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan
anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis
: Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50
minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka
yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive &
Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara
bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya
memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan
terhindar dari diabetes.
8. Depresi :Berjalan kaki
dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum
secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan
kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
jaga lah kesihatan kita mudaha mudahan dilindungi Allah SWT senantiasa... amin
No comments:
Post a Comment