Sunday 24 November 2013

FAKTA ! ketahui BAHAYA air masak kepada bayi bawah umur 6 bulan

|| ni fakta yang jelas sebab-sebabnya. Jadi, para ibu bapa silakan membaca|| 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minumair masak, namun masih adaibu bapayg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka.

Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.


Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minumair akanmencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

>>>> Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya. 




8 penyakit boleh disembuhkan dengan berjalan kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.



2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.




4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

jaga lah kesihatan kita mudaha mudahan dilindungi Allah SWT senantiasa... amin

Wednesday 20 November 2013

COQHealth > Membantu Jatung Lebih Sihat Bertenaga


          Para saintis menemui bahawa jantung mengandungi 10 kali ganda lebih banyak koenzim Q10 berbanding organ organ lain dalam badan. Ini kerana jantung merupakan motor badan anda, dan ia memerlukan koenzim Q10 untuk mengeluarkan tenaga untuk meneruskan pengepaman darah.Paras koenzim Q10 seiring rendah pada orang yang menghidapi tekanan darah tinggi. Kajian telah membuktikan bahawa mengambil tambahan dapat membetulkan kekurangan ini. COQ10 membantu meningkatkan keupayaan badan anda untuk mengekalkan tekanan darah pada paras yang sihat.Mekanisme bagaimana COQ10 menurunkan tekanan darah tinggi belum difahami sepenuhnya.

       Mungkin CoQ10 membantu jantung mengpam dengan lebih berkuasa, peredaran darah bertambah baik, serta darah dapat mengalir lebih bebas keseluruh bada. Coq10 juga merupakan antioksidan yang berkuasa. Ia membantu sel-sel menjadi lebih sihat dan kurang rentan terhadap cerutan.

         Paras COQ10 lazimnya menrun begitu dramatik dengan peningkatan umur. Kerana ia dijumpai dengan amaun yang sangat kecil dalam makanan, maka satu-satunya cara memperolehinya ialah mengambil tambahan COQ10. ia boelh didapati dalam pelbagai bentuk: kapsul, pil, gel lembut dalam minyak, dan COQ10 larut air (Hydrosoluble) dalam gel lembut. Menurut Dr Stephen Sinatra M.D, pakar kardiologi, dia telah mencuba semuanya dan mendapati COQ10 larut air (Q-Gel) yang terbaik kerana lebih banyak COQ10 dapat memasuki aliran darah. Dos biasa untuk tekanan darah tinggi ialah 60 - hingga 90mg setiap hari.

"article dari buku "TEKANAN DARAH TINGGI" versi bahasa melayu dikarang oleh Dr Bruce Miller, D.D.D, C.N.S terbitan Oak Enterprise.."

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras COQ10 dalam tubuh, namun jumlah COQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta dibawah untuk melihat jumlah COQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.


 
===============================================================

dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================






Monday 18 November 2013

Set Kesihatan Wanita

||| Kombinasi nutrien yang menepati keperlaun wanita si setiap peringkat kehidupan mereka |||

OmegaGuard
OmegaGuard Shaklee merupakan suplemen diet yang mengandungi minyak ikan. Setiap hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA

GLA Complex
GLA Complex shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi kepekatan Gamma Linolenic Acid (GLA ) yang tinggi, Linolenic Acid (LA), bunga matahari dan Vitamin E.

Ostematric
Produk komprehensif yang memberikan nutrien dengan matriks yang penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, dan mineral zink, tembaga dan mangan yang membantu dalam memelihara tulang yang sihat.


===============================================================

dapatkan dengan CikMAI dengan harga kenyit-kenyit ;)
COD temerloh, maran, shahalam, kuantan, mentakab
================================================================

Sunday 3 November 2013

Mengapa doa tidak dimakbulkan?

Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah: Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah SWT. Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu. Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram. Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar. Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.


Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.

Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu’ dan tawadhu sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah. Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi’iin, para wali dan orang soleh lainnya.

Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah: Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur. Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah. Berdoa dengan menghadap kiblat. Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita. Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian. Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t. Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali. Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t. 


Sumber : Harian Metro Online

Friday 1 November 2013

7 punca gemuk

Seseorang dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang diukur dalam BMI (Body Mess Index), ukuran BMI berdasarkan ketinggian.

Semua orang berisiko menjadi gemuk, namun mereka yang mempunyai sejarah keluarga, mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat serta terdedah kepada persekitaran yang boleh menggalakkan seseorang itu boleh menjadi lebih gemuk adalah lebih berisiko.

Menurut Dr. Che Romzey Che Din, penyelidik obesiti yang juga pakar perbidanan dan sakit puan, lambat atau cepat faktor-faktor diatas kalau tidak dicegah, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti. Walaupun kegemukan itu bukan satu penyakit tetapi jika dibiarkan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat, boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.



Kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:


• Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.

• Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari ini ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh, sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.

• Pemakanan Tidak Sihat - Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera, bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.
• Hormon Tidak Seimbang- Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.

• Emosi Tidak Stabil - Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres. Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.

• Pengambilan Ubat-ubatan - Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.

• Persekitaran - mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat obesiti berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak setiap hari mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat daripada aroma atau bau makanan.